Dalam bidang
pengkomputeran,
cangkerang (
b. Inggeris:
shell) ialah sebuah
perisian yang menyediakan
antara muka untuk pengguna. Pada kebiasaannya, istilah ini merujuk kepada kerangka untuk sesebuah
sistem pengendalian yang menyediakan capaian terhadap khidmat sesebuah
inti. Walau bagaimanapun, istilah cangkerang juga boleh diguna pakai untuk merujuk kepada
perisian penggunaan dan mungkin juga merangkumi sebarang
perisian yang membina komponen-komponen tertentu seperti
pelayar web. Perkataan cangkerang digunakan berikutan hakikat yang cangkerang adalah lapisan terluar antara si pengguna dan kandungan dalaman
sistem pengendalian (inti).Secara menyeluruh, terdapat dua kategori untuk cangkerang sistem pengendalian: iaitu
baris perintah dan
grafik. Cangkerang baris perintah menyediakan
antara muka baris perintah untuk sistem pengendalian tersebut, manakala cangkerang grafik menyediakan
antara muka pengguna grafik.Perbandingan manfaat-manfaat antara cangkerang baris perintah dan cangkerang grafik boleh dilihat dar pelbagai sudut. Penyokong baris perintah mendakwa bahawa sesetengah operasi boleh dibuat dengan lebih cepat dengan cangkerang baris perintah berbanding dengan cangkerang grafik (contohnya untuk memindahkan fail-fail). Walau bagaimanapun, penyokong grafik menganjurkan perbandingan keupayaan dan sifat cangkerang grafik yang ringkas. Pilihan terbaik sering kali ditentukan dengan melihat di mana komputer itu digunakan. Cangkerang baris perintah sesuai digunakan di komputer pelayan yang sering digunakan untuk memindahkan data dan memproses oleh pentadbir pakar. Sebaliknya, cangkerang grafik adalah lebih berguna untuk komputer yang ingin digunakan untuk menyunting imej atau video dan pembangunan untuk data yang berkaitan.Sistem pengendalian
Microsoft Windows versi moden menggunakan
Windows Explorer sebagai cangkerangnya. Windows Explorer menyediakan
persekitaran atas meja yang seperti biasa, mempunyai
menu Start, dan
bar tugasan, begitu juga dengan pengurusan fail sistem pengendalian tersebut. Versi-versi lama turut didatangkan dengan
Program Manager yang merupakan cangkerang untuk Microsoft Windows siri 3.x.Ramai individu dan pembangun yang tidak berpuas hati dengan antara muka Windows Explorer telah membangunkan perisian yang sama ada mengubah cara berfungsi serta penampilan cangkerang tersebut atau menggantikannya secara keseluruhan.
WindowBlinds oleh
StarDock merupakan satu contoh yang baik untuk aplikasi-aplikasi sebegini yang terdahulu.
LiteStep,
GeoShell dan
BB4Win merupakan contoh-contoh yang baik untuk yang terkemudian.